| Beberapa
kurun sebelum Wright bersaudara dapat
menerbangkan kapalterbang ciptaan mereka pada 17 Disember 1903, khayalan
untuk mencipta mesin terbang telah di abadikan oleh Leonardo Da Vinci di
dalam lukisannya dalam tahun 1492. Walaubagaimanapun tidak sampai 80 tahun
kemudiannya dari ciptaan Wright Bersaudara ini , kemajuan teknologi
telah berjaya menerbangkan manusia ke udara dan akhirnya keangkasa lepas.
Begitu juga di Malaysia, era sejarah penerbangan awam telah bermula hampir 100 tahun yang lampau dengan naiknya sebuah belon diatas bangunan kerajaan di jalan Batu (Batu Road) di Kuala Lumpur. Ini diikuti oleh penerbangan awam yangh pertama oleh G.P Kuller dalam bulan Jun 1911. Beliau telah berjaya mendaratkan pesawat jenis Antoinette Monoplanenya di padang lumba kuda di Jalan Ampang. 13 tahun kemudiannya, bermulah pula penerbangan komersial yang pertama yang mendarat di sebuah padang rumput di Alor Setar. Dengan ini untuk memudahkan pendaratan pihak Inggeris telah membina sebuah padang terbang di Alor Setar dan Taiping dimana kedua-dua padang terbang ini adalah yang pertama di Malaysia. Perkembangan sejarah penerbangan yang bermula ini terus berkembang dengan bermulanya beberapa siri penerbangan sewa khas yang menghubungkan beberapa bandar iaitu Bangkok, Hong Kong, dan Singapura. Memandangkan betapa pentingnya kedudukan Pulau Pinang kepada pihak British , sebuah lapangan terbang telah dibina dan diberi nama Lapangan Terbang Bayan Lepas. Pada 1941 telah tercetus peperangan dunia ke -2 dimana pada masa ini semua kegiatan penerbangan dihentikan. Selepas peperangan iaitu pada tahun 1946, pada bulan Jun cadangan untuk menubuhkan DCA telah dipersetujui dan pada awal 1947 kerja-kerja baik pulih lapangan terbang telah dijalankan. Pada 1 Mei 1947, Malayan Airways pula ditubuhkan untuk menepati kehendak operasi komersial. Pada
6hb Oktober 1952, lapangan terbang Melaka di buka dengan rasminya oleh
Royal Highness Duchess of Kent. Ini adalah untuk menyesuikan kehendak dan
keperluan dalam negeri yang bertambah.
|
|