| Sejarah
awal:
Kerajaan British merasa perlu satu lapangan terbang dibina di negeri Kedah dan pihak tentera udaranya (RAF) dan mengenal pasti Kepala Batas adalah tempat yang sesuai untuk membina lapangan terbang. Tempat ini adalah 9 batu dari Alor Setar dan di pertanggungjawabkan keatas pengendaliannya oleh Public Works Department atau sekarang (JKR). Pembinaan landasan ini bermula pada tahun 1927 dan disempurnakan pada tahun 1929 yang merupakan hanya satu jaluran rumput yang menghala ke utara/selatan. Syarikat penerbangan pertama yang menggunakan lapangan terbang ini ialah Syarikat Royal Dutch Airline(KLIM) dari Belanda yang menggunakannya sebagai tempat persinggahan. Seterusnya lapangan terbang ini mencatitkan banyak lagi penerbangan yang menjadi lipatan sejarah iaitu pada tahun 1934 ia menjadi tempat persinggahan rasmi bagi satu perlumbaan udara yang dikenali sebagai "The Great Air Race". Pada tahun 1935 Raja Muda Kedah ketika itu DYMM Tunku Mohammed telah mangkat dan jenazahnya telah diterbangkan dari Singapura ke Alor setar dengan pesawat Tentera Udara Di Raja British. Perkembangan: Pada tahun 1964 lapangan terbang ini kembali sebuk apabila Tentera Diraja Malaysia (TUDM) membina Sekolah Latihan Penerbangan mereka. Pesawat yang digunakan untuk latihan penerbangan ketika itu ialah Provosi. Lapangan Terbang ini terus mengalami proses baikpulih dan pembesaran . Pada tahun 1980 sebuah terminal baru telah dibina bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penumpang. Landasan pula telah dipanjangkan kepada 1500 ela. Kini landasanya berukuran 2011.68 meter panjang dan 45.72 meter lebar. Bangunan terminal lama telah dijadikan blok pentadbiran dan operasi oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam dan juga Malaysia Airport Berhad. |
|