JOHOR BAHRU DARUL TAKZIM
(LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL )
 
 
 
 
     Tapak Lapangan Terbang Sultan Ismail Johor Bahru ini terletak kira-kira 15 batu ke utara Johor Bahru dan berhampiran dengan Pekan Senai. 

     Setelah keputusan untuk membinanya dibuat oleh Kerajaan pada 7hb Ogos 1971 semua Jabatan Kerajaan yang berkaitan termasuk Kerajaan Negeri Johor telah mengembeling tenaga untuk mereka bentuk dan melaksanakan pembinaannya. Hasil daripada itu Lapangan Terbang Sultan Ismail dapat disiapkan dalam jangkamasa yang singkat iaitu 22 bulan. Jangkamasa ini adalah yang terpendek sekali yang pernah dicapai oleh Kerajaan Persekutuan dalam projek pembinaan sebuah lapangan terbang yang bertaraf Boeing 737. 

      Lapangan Terbang Sultan Ismail, Johor Bahru yang pada masa itu dipanggil sebagai Lapangan Terbang Senai telah dilengkapi dengan peralatan moden bagi membolehkan semua pesawat naik-turun dengan mudah. Terdapat beberapa bangunan yang dibina berdekatan dengan Terminal iaitu bangunan kargo, Pusat kaji cuaca, stesen kecil elektrik, Balai kecemasan, dan Balai Bomba. 

     Semenjak ia dibuka dengan rasmi oleh Duli Yang Mulia Almarhum Sultan Ismail pada 6hb Jun 1974 Lapangan Terbang ini telah mengalami perkembangan yang menggalakkan .Pada tahun1980 landasannya telah dipanjangkan lagi hingga mampu menampung pendaratan pesawat bersaiz besar seperti DC10.  

     Kini Lapanga terbang ini telah mendapat taraf sebuah Lapangan Terbang antarabangsa dimana ia telah mengendalikan penerbangan ke Jakarta , Hong Kong dan juga Mekah.

 
 
Lapanagn Terbang Sultan Ismail pada 1998
(selepas diubah suai)
 
 
 
Boieng 747-300
 
 
 
 
 
 
 

[Main][Sejarah][Alor Setar][Kota Bahru][Ipoh][Melaka]
[Pulau Pinang][KLIA][Index]