|
Lapangan terbang ini telah dibuka pada tahun 1942,
ketika penjajahan Jepun di negara ini. Pada awalnya kawasan Lapangan Trebang
ini adalah merupakan kawasan penanaman getah dan bertukar kepada tanaman
padi, manakala bangunan berlepas dan ketibaan adalah merupakan bekas stesen
keretapi yang menyambungkan Bandar Melaka Ke Tampin di Negeri Sembilan.
Bangunan Menara Kawalan adalah merupakan bangunan tambahan .
Lokasi Lapangan Terbang ini adalah begitu ideal sekali Di Malaysia mahupun di rantau asia Tenggara. Di Melaka , Lapangan Terbang ini dikelilingi oleh kawasan perindustrian zon bebas cukai, hotel, tempat riadah dan tempat bersejarah. Di utara Negeri Sembilan , di timurnya Negeri Pahang dan di selatan Negeri Johor. Di sebelah baratnya ialah Kepulauan Sumatera, Indonesia . Sejak tahun 1960 Lapangan Terbang Batu Berendam ini telah diiktiraf sebagai salah satu pintu masuk dan keluar negara. Mulai dari tarikh itu para pelancong datang dan berlepas dengan mudah. Wujudnya taraf gateway ini telah merangkaikan Negeri Melaka dengan Bandaraya Ipoh(Perak) dan Langkawi (Kedah) di semenanjung Malaysia. Waktu operasi bagi lapangan Terbang ini bermula mulai jam 0700 pagi dan berakhir pada jam 1900 petang.
Setelah diwartakan selaku pintu masuk dan keluar
negara (Gateway) maka beberapa perkhidmatan berwajib seperti Jabatan Imigresen,
Kastam, TCC(Polis), Kajicuaca, Jabatan Penerbangan Awa, Jabatan Pertanian
dan Jabatan Kesihatan.
|
|