| SEJARAH
AWAL:
Lapangan terbang Kota Bharu telah dibina semasa pemerintahan Jepun. Lapangan Terbang ini mula beroperasi sebagai sebuah lapangan terbang sivil pada tahun 1947 dan mempunyai sebuah bangunan terminal kayu dua tingkat bercat hitam dan beratap nipah, dengan meluasan ruang 400 kaki persegi. Lapangan terbang tersebut pada masa itu dikendalikan bersama oleh tujuh kakitangan awam dan anggota tentera. Perkhidmatan bomba pula disediakan oleh Majlis Bandaran Kota Bharu. Pada mulanya tiga penerbangan sehari diadakan disebelah siang sahaja, dengan menggunakan pesawat jenis Dakota, Beaver dan Auster. Destinasi-destinasi adalah Kota Bharu-Pulau Pinang , kota Bharu -Kuala Lumpur (1949) dan Kota Bharu- Saigon(1950) Dalam tahun 1955, bangunan terminal kedua seluas 4,544 kaki persegi dibina, manakala landasan terbang pula ditar dan dipanjangkan menjadi 4,500 kaki. Perkhidmatan B737 dimulakan dalam bulan Oktober 1973, apabila landasan yang sedia ada diperluaskan lagi ke 7,200 kaki. Pada tahun 1975, alat pendaratan malam dilengkapkan dan bangunan terminal juga telah diperluaskan 920 kaki persegi lagi. Selepas tiga tahun berlalu 1978 tambahan bilangan penumpang telah meningkat dan ini membawa kepada pembesaran terminal sekali lagi kepada 2,679 kaki persegi dan berhawa dingin. Bangunan terminal baru yang berharga RM 3.4 juta ini mula dibina dalam bulan September 1980 dan siap pada 1hb April 1982. Ia mempunyai keluasan 19,200 kaki persegi dan mula digunakan pada 2hb Mei 1982 dan diberi nama Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. |
|