|
Lapangan Terbang Pulau Pinang ini telah dibina
dalam tahun tiga puluhan yang lalu dan telah dijadikan sebagai tempat persinggahan
kapal terbang yang berulang alik diantara negara-negara Eropah.
Bentuk asal Lapangan Terbang ini ialah bulat dan panjang garis lentangnya 1000 ela serta dikelilingi pula oleh tembok setinggi empat kaki untuk menghalang banjir disebabkan oleh air pasang. Lapangan terbang ini mengandungi beberapa bangunan iaitu sebuah bangunan terminal yang dibina dibangunan" control tower" yang lama, sebuah kelab dan dua buah hangar yang diperbuat daripada besi waja yang masih digunakan sehingga hari ini. Landasan lapangan terbang ini telah dipanjangkan lagi ke 7000 kaki dan lebarnya 120 kaki untuk mengendalikan kapalterbang Boeing 737 pada tahun 1969. Pulau pinang telah dapat memberi perkhidmatan ke beberapa negara iaitu Bangkok, Haadyai, Medan dan Singapura. Lapangan Terbang ini sekali lagi diubahsui dan dimulakan pada tahun 1973 iaitu pembinaan landasan baru 11000 x 150 kaki kira-kira 700 kaki dikawasan timor landasan dan pembinaan Flight strip seluas 1000 kaki. Pembinaan "Parking Apron" untuk menampung kapalterbang jenis Boeing 747, 707, 727, 737 dan fokker K27. Lapangan terbang ini telah secara rasminya dibuka pada 2 hb Jun 1979 oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. |
|