PERAK DARUL RIDZUAN
(LAPANGAN TERBANG SULTAN AZLAN SHAH)
 
 
 
Sejarah: 

     Lapangan terbang Ipoh telah beroperasi sebelum perang Dunia Kedua(sebelum 1935) lagi. Lapangan Terbang ini terletak lebih kurang 6 km ke selatan pusat Bandara Ipoh. Keseluruhan kawasan adalah lebih kurang 301 ekar, 175 ekar darinya berpagar. 

     Lapangan Terbang ini beroperasi 0630 pagi sehingga 1900 malam. Lapangan terbang ini di kategorikan Domestik dan hanya untuk pesawat Fk27. Panjang landasan ialah 4,500 kaki dan lebar 120 kaki, 'Parking Apron' hanya dapat menampung 2 Fk27. Lapangan Terbang ini hanya dilengkapi dengan sebuah 'Locator' IP dan tidak boleh menampung kehendak 'Instrument Flight Rule'(IFR). Dengan demikian Lapangan Terbang ini adalah sebuah Lapangan Terbang ' Visual Flight Rule'.  Lain kelengkapan hanya lampu landasan yang boleh digunaklan dari subuh ke senja. 

Pembangunan Semula: 

     Projek ini dimulakan pada Oktober 1987 iaitu dengan memanjangkan landasan dari 4,500 kaki kepada 5,900 kaki bagi membolehkan pesawat yang lebih besar Boeing 737 . Memasang peralatan yang lebih canggih bagi membolehkan pesawat mendarat dalam pelbagai keadaan cuaca. Lapangan Terbang ini telah siap dalam bulan Ogos 1989 dan mula digunakan pada 8hb September 1989. Pesawat pertama yang mendarat ialah Boeing 737/200 pada 11hb. Oktober 1989. Lapangan Terbang ini di beri nama Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

 Lapangan terbang Sultan Azlan Shah 
 
 BOIENG 737
 
 

[Main][Sejarah][Alor Setar][Pulau Pinang][Melaka][Johor Bahru][Kota Bahru]
[KLIA][Index]