Selepas Kemerdekaan 1957-1967 

     Pengiktirafan Lapangan Terbang Kuala Lumpur sebagai sebuah Lapangan Terbang bertaraf antarabangsa pada 1 hb Ogos 1956 telah menambahkan lagi kegiatan penerbangan di rantau ini. Hasil daripada itu pada 1hb Julai 1957, perkhidmatan penerbangan yang pertama ke Eropah dari Kuala Lumpur diperkenalkan. Penerbangan ini telah menggunakan pesawat Bristol Britannia(Trubo propeller) 

     Dalam tahun 1957 sahaja, seramai 130,000 orang penumpang telah menggunakan perkhidmatan udara melalui 8 buah lapangan terbang . Jumlah ini bertambah menjadi 132,811 dalam tahun 1958. 

     Kegiatan penerbangan awam menjadi begitu penting selepas 12 tahun Malaya mengalami peristiwa darurat. Perjalanan antara Singapura ,Melaka,Kuala Lumpur, Ipoh, dan Pulau Pinang merupakan perjalanan utama. Kuala Lumpur merupakan Lapangan Terbang bertaraf antarabangsa terpaksa diperbesarkan lagi dan sebuah lapangan terbang telah dibina  pada tahun 1960 di Kampung Subang Selangor. 

1969-1975 

     Perkembangan penerbangan awam menjadi lebih pesat dengan pertambahan penumpang,kargo dan juga jumlah pesawat yang mendarat di lapangan teerbang yang utama iaitu Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Sebanyak 16 Syarikat menjalankan operasi di Malaysia. Dari jumlah itu 10 syarikat turun di K.L, 4 di Pulau Pinang dan 2 di Kota Kinabalu. 

     Sehingga tahun 1969, terdapat 17 buah lapangan terbang di bawah pengawasan Jabatan penerbangan Awam. 4 bertaraf antarabangsa seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching. Sementara Alor Setar, Bintulu, Kota Bahru, Kuala Terengganu, Lahad Datu, Melaka, Miri , Sandakan , Sibu, dan Tawau mengendalikan perkhidmatan dalam negeri. Terdapat dua buah lapangan terbang yang di kendalikan oleh pihak Tentera Udara Di Raja Malaysia iaitu Labuan dan Kuantan. Penerbangan Awam diletakkan di bawah portfolio Kementerian Perhubungan (Kementerian Pengangkutan) sebagai satu bahagian.

 Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang 
pada tahun 1949
 
 
 
 
 
 
 

Sebelah


[Main][Sejarah][Alor Setar][Pulau Pinang][Ipoh][Melaka][Johor Bahru]
[Kota Bahru][KLIA]
[Index]